Saturday, February 6, 2010

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2010


PINDAAN DASAR PENANGGUHAN BALIK PELAJARPELAJAR TAJAAN KERAJAAN DI LUAR NEGARA

TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan pindaan
dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan bagi penangguhan balik pelajar
tajaan Kerajaan di luar negara.
DEFINISI
2. Bagi tujuan Pekeliling Perkhidmatan ini:
Agensi penajaan Kerajaan bermaksud agensi atau jabatan Kerajaan
Persekutuan yang telah diberi kuasa untuk menaja pelajar-pelajar
mengikuti pengajian di luar negara.
2
Penangguhan balik pelajar tajaan Kerajaan di luar negara
bermaksud kelulusan yang diberi kepada pelajar-pelajar tajaan Kerajaan
yang telah menamatkan pengajian di luar negara untuk menangguhkan
kepulangan ke Malaysia atas sebab yang dibenarkan.
LATAR BELAKANG
3. Dasar penangguhan balik pelajar tajaan Kerajaan di luar negara telah
dijelaskan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007
bertajuk Dasar Penangguhan Balik Pelajar-pelajar Tajaan Kerajaan Di Luar
Negara. Surat Pekeliling Perkhidmatan tersebut menetapkan bahawa pelajarpelajar
perubatan, pergigian dan farmasi yang ditaja oleh agensi penajaan
Kerajaan sama ada secara Biasiswa atau Pinjaman Pelajaran hendaklah kembali
ke Malaysia untuk menjalani housemanship sebaik sahaja menamatkan
pengajian.
4. Selain itu, pelajar-pelajar perubatan, pergigian dan farmasi yang ditaja
dengan biasiswa hanya dibenarkan untuk memohon penangguhan kepulangan
atas sebab-sebab berikut :
i) melanjutkan pengajian ke peringkat kepakaran; atau
ii) menunggu pasangan (suami/isteri) yang ditaja oleh agensi
Kerajaan untuk menamatkan pengajian.
3
Namun, permohonan tersebut perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
termasuk mendapat perakuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
terlebih dahulu dan permohonan tersebut tertakluk kepada kelulusan Kerajaan.
5. Walau bagaimanapun, Kerajaan berpandangan bahawa dengan
mengambil kira bidang-bidang tertentu yang amat diperlukan oleh negara,
pelajar-pelajar di dalam bidang tersebut perlu kembali ke tanah air untuk
menyumbang khidmat bakti mereka kepada masyarakat dan negara bagi
memastikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat tidak terjejas.
6. Pelbagai pihak tidak bersetuju dengan dasar penangguhan balik sedia
ada yang memberi kebenaran kepada pelajar-pelajar tajaan Kerajaan untuk
menangguhkan kepulangan mereka selepas tamat pengajian. Walaupun
Kerajaan telah mengambil beberapa tindakan antaranya menghantar peringatan
kepada pelajar-pelajar tajaan serta penjamin-penjamin masing-masing agar
pulang ke Malaysia untuk berkhidmat dengan Kerajaan dan mengemukakan
notis amaran mengenai tindakan undang-undang berdasarkan perjanjian
sekiranya pelajar gagal balik ke Malaysia, namun masyarakat masih
mempunyai persepsi yang negatif terhadap ketegasan pihak Kerajaan di dalam
menguat kuasakan perjanjian bagi menangani isu pelajar-pelajar yang tidak
balik ke Malaysia.
7. Sehubungan itu, Kerajaan telah memutuskan supaya dasar yang telah
ditetapkan oleh Kerajaan bagi penangguhan balik pelajar tajaan Kerajaan di
luar negara di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun
2007 dikaji semula.
4
PELAKSANAAN DASAR
8. Selaras dengan keputusan seperti di perenggan 7, mulai kuat kuasanya
Pekeliling Perkhidmatan ini pelajar-pelajar di dalam kesemua bidang pengajian
yang ditaja dengan biasiswa adalah tidak dibenarkan untuk membuat sebarang
penangguhan balik di atas apa jua alasan sekalipun.
9. Pelajar-pelajar perubatan, pergigian dan farmasi yang ditaja oleh agensi
penajaan Kerajaan sama ada secara Biasiswa atau Pinjaman Pelajaran
hendaklah kembali ke Malaysia untuk menjalani housemanship setelah
tamat pengajian.
10. Pelajar-pelajar di dalam bidang kritikal akan mempunyai peluang untuk
melanjutkan pengajian ke peringkat kepakaran dan sub-kepakaran semasa
mereka berkhidmat kelak.
11. Di samping itu, pihak Kerajaan sendiri sememangnya tidak
membenarkan pelajar untuk berkahwin semasa di dalam tempoh pengajian
kecuali dengan kebenaran Kerajaan dan sebarang risiko yang dihadapi
berhubung ketetapan yang disyaratkan oleh pihak penaja hendaklah dipatuhi
sepenuhnya termasuklah mematuhi arahan balik ke Malaysia serta-merta.
Makluman awal diberikan oleh agensi penajaan Kerajaan kepada semua pelajar
yang telah berkahwin dan mempunyai pasangan yang masih di dalam pengajian
bahawa tiada lagi kebenaran penangguhan balik untuk menunggu pasangan
diberikan.
5
12. Pelajar-pelajar yang ditaja secara pinjaman pelajaran, sama ada bagi
bidang kritikal ataupun bukan kritikal dibenarkan untuk membuat penangguhan
balik bergantung kepada pertimbangan oleh pihak Kerajaan. Di samping itu,
penguatkuasaan dari segi arahan lapor diri dan memastikan pelajar membuat
pembayaran balik pinjaman perlu diberi penekanan dan usaha ke atas
penguatkuasaan itu dipertingkatkan.
PEMBATALAN
13. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, dasar
penangguhan balik pelajar tajaan Kerajaan di luar negara seperti di Surat
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007 adalah dibatalkan.
PERTANYAAN
14. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Pekeliling Perkhidmatan ini
hendaklah dirujuk kepada:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 6, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
No Telefon : 03-88853000/03-88854000
Faks : 03-88810743
Email : dasarlatihan@jpa.gov.my

Disclaimer

This blog is maintained by International Relations and Public Affairs bureau and the Secretary. Please read the Rules and Regulations which can be found in the Topics section before posting any comment.

As mentioned in the Rules and Regulations, you are not allowed to post a comment as an anonymous or with an ambiguous name. Please state your name.