Friday, May 1, 2009

“HOLKY-DAY-OUT”


“HOLKY-DAY-OUT”

BY: WELFARE & RELIGION BUREAU

Date: 2 May 2009
Time: 2.00 pm-7.00 pm
Salam a ahoj! First of all, dekujeme moc for replying our email… Here is a latest update about HOLKY DAY OUT.


TENTATIVE:

2.00 pm- arrive at a lake and short briefing by the instructor.
2.30 pm-Kayaking (Canoeing) & Games
4.56 pm- Asr prayer (weeee~solat tepi sungai)
5.30 pm- ‘Makan-makan’ & gifts exchange.
7.00 pm- Finish~going home.



Makan2, kt akan buat potluck.. u can bring any kinds of food... (nak msk nasi lemak pn blh..hehe ). Makanan yg telah dicop: pudding, zmrzlina mak su, palačinky, tiramisu, krpok lekor…
Plg snang-sape nk bw air?hehhe

and lastly kt akan bwat "gift exchange". Min price=20 kc... huhu... max=unlimited.

WAKTU SOLAT 2.5.09
Zohor- 12.59pm
Asar- 4.56pm





TRANSPORT

Holky Palachova
Bus 25- 1.22pm at Benesova Zastavka-à Stop at EuroCentre-1.32 pm

Holky Adalbertinum & Kwsn yg sewaktu dengannya.
Bus 11- 1.30 pm at Adalbertinum Zastavka-à Stop at EuroCentre-1.36 pm

RETURN
Bus 17- 7.38 pm from EuroCentre Zastavka-à Arrive at Adalbertinum-7.44 pm (all of us)

Holky Palachova
Bus 27- 8.00 pm from Adalbertinum -à arrive at velkopopovicka-8.10 pm

!!!POZOR!!!
Hope everyone can follow the bus schedule suggested because we have to be at that picnic place by 2pm. Mgr Jan Holubec, cg kayak (from physical education dept.) will wait for us there at 2pm. For your information, that place is quite far from Eurocentre Zastavka (about 15-20 minutes walking). so harap dpt kerjasama sumer org utk be on time. (Apa yang penting? KERJASAMA-Wonderpets)

If you have any enquiries or suggestions, do contact me: lah5295@yahoo.com.
okes...dekujeme moc!!....hope to see u there!!!.. get-together before kt exam..

Kami,
Biro Kebajikan& Kerohanian
Czemsa HK 09'

Tuesday, March 31, 2009

2 DAYS
TO MALAYSIAN NIGHT 2009!!!

1. Raptai dan Tentatif

6.30 pm: Ketibaan tetamu jemputan
7.00 pm: Makan malam
8.00 pm: Acara pembukaan
8.10 pm: Ucapan
8.30 pm: Persembahan - Band
8.40 pm: Persembahan -Play "The Story Unfolds..." (Act 1)
9.10 pm: Lucky Draw
9.20 pm: Persembahan -Play "The Story Unfolds..." (Act 2)
9.50 pm: Interactive Games
10.00 pm: Persembahan -Band Performance
10.10 pm: Lucky Draw
10.20 pm: Persembahan -Dikir Barat
10.30 pm: Acara penutup

a. Semua pelajar Malaysia dikehendaki untuk berada di dewan sebelum jam 5.00 ptg – kecuali bagi mereka yang terlibat dengan persembahan dan online committee – perlu berada di dewan pada jam 2.00 ptg. (rujuk 1c)

b. Raptai pertama akan diadakan pada hari Jumaat, 3 April 2009 jam 6.00 ptg bertempat di rumah Zakiyah dan Afifah. Online committee dan peserta persembahan perlu menghadiri raptai tersebut.

c. Raptai penuh akan dijalankan pada hari Sabtu bermula jam 2.00 ptg di Strelnice. Oleh itu, semua yang terlibat dalam persembahan, dan sebagai Online Committee perlu menghadiri sesi raptai tersebut.

2. Penyediaan Makanan

a. Bahan-bahan makanan akan disediakan oleh Jawatankuasa Makanan dan Logistik. Bahan-bahan tersebut akan dibeli pada hari Rabu, 1 April dan diagihkan oleh jawatankuasa yang terlibat. Kepada mereka yang terlibat untuk memasak - sila rujuk Raini dan Nadiah(Che Nad) mengenai cara bahan-bahan diagihkan.

b. Pada hari Sabtu, 4 April 2009, satu kenderaan akan datang ke rumah-rumah mereka yang terlibat dengan penyediaan makanan pada jam 4.00 ptg untuk mengambil makanan. Oleh yang demikian, sila pastikan makanan telah siap dimasak sekitar jam 3.00 ptg bagi mengelakkan masalah kelewatan dan sebagainya.

c. Sila pastikan makanan disediakan dalam keadaan yang bersih dan berkualiti supaya perkara-perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

d. Masaklah sedap-sedap ... Anda dapat membantu mempromosikan makanan Malaysia di mata dunia .

3. Usherette(s)


a. Bagi mereka yang terlibat sebagai usher, anda akan dibahagikan kepada dua team - team yang pertama akan ditempatkan di bus stop untuk membawa jemputan ke dewan, team kedua akan ditugaskan untuk menjemput tetamu yang telah tiba di dewan ke tempat duduk / makan.

b. Team Usherette diketuai oleh Mohd Noor - sila rujuk ketua anda untuk maklumat lanjut.

4. Dinner – Buffet

a. Diketuai oleh Raini dan Nadiah (Che Nad) – 2 teams akan ditugaskan untuk mengawal perjalanan dinner.

b. Semua pelajar Malaysian diingatkan untuk terus menjamu selera apabila majlis bermula pada 6.30 petang – untuk mengelakkan kesesakan atau pelajar tidak sempat makan sebelum persembahan bermula etc. (Walaubagaimanaun, dinner akan diteruskan ketika persembahan berlangsung)

5. Penyambut tetamu

a. Fadzlin(ketua) akan memilih beberapa pembantu untuk menguruskan meja penyambut tetamu

6. Online Committee

a. Sila sediakan senarai pelajar-pelajar yang ditugaskan di team anda. Senarai tersebut perlulah diserahkan kepada saya selewat-lewatnya Rabu, 1 April 2009.

b. Sila pastikan mereka yang terlibat ‘available’ untuk tugas tersebut – untuk mengelakkan pertembungan tugas dan sebagainya

7. Peringatan untuk semua

a. Elakkan berkumpul di satu-satu tempat - e.g. di depan dewan untuk mengelakkan tempat tersebut menjadi sesak dan kelihatan berterabur.

b. Pakaian - tema pakaian bagi majlis ialah 'Dress to Impress'. Pakaian tradisional Malaysia adalah amat-amat digalakkan. Proud to be Malaysian

c. Tuan rumah - jika anda tidak terlibat secara langsung dalam persembahan, usher dan sebagainya, ini tidak bermakna anda tidak bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran majlis. Interaksi bersama tetamu - terutamanya pelajar international amat digalakkan.

d. Pada 4 April, 2009 waktu Maghrib adalah pada pukul 7.32ptg (IslamicFinder), oleh yang demikian pelajar Muslim diingatkan supaya berada dalam keadaan bersedia. Anda dinasihatkan untuk tidak keluar dalam kumpulan yang terlalu besar supaya tidak menganggu perjalanan majlis.

e. Berilah sokongan dan kerjasama kepada acara yang diadakan.

f. Bagi sesiapa yang tidak pasti mengenai tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, sila rujuk kepada ketua anda atau senarai committee di laman web rasmi.

Kerjasama dan jasabaik anda semua adalah amat diharapkan.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Hariz (B03), Madihah dan Aminuddin (B02) atau saya sendiri kerana bak kata pepatah, "malu bertanya sesat jalan."

Sila lawati Laman Web Rasmi untuk maklumat lanjut.

Akhir kata, sama-samalah kita berusaha untuk memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan berjaya.

p.s: Hui Shan, tentang Games harap dapat report back to Hariz.


- Masrina

Sunday, March 15, 2009

The Professional Mukmin Generation-TPMG

CzeMSA is organising a programme called The Professional Mukmin Generation (TPMG) for students here in Czech Republic.

Check out the details at http://tpmg09.blogspot.com/

It's gonna be fun and informative ^_^
So hurry and sign up!!

Saturday, March 7, 2009

Majlis Bersama CzeMSA dan Kedutaan 2009

.



Tarikh: 08 Mac 2009
Hari: Ahad
Tempat: Nove Adalbertinum*
Masa: 4.00 pm
Pakaian: Formal

Tentafif:

  • Post-Mortem Winter Semester
  • Majlis bersama CzeMSA
  • Majlis bersama Tuan Yang Terutama Duta Malaysia ke Republik Czech
  • Makan Malam

Sila pastikan anda datang sebelum jam 3.45 petang. Kerjasama anda didahului dengan jutaan terima kasih.

*Nove Adalbertinum - alamat
Pastorační středisko o.p.s.
Velké náměstí 32

500 03 Hradec Králové


Friday, February 27, 2009

Mesra dan Makan CzeMSA HK

There will be Mesra dan makan czemsa hk tomorrow. details are as follows:

for boys:
Venue: Novy Hradec
Time: 11am - 2pm ---> games, 2pm-4pm --->makan2
Date: 28th Feb. 2009

For girls:
Venue 1: medium (10.45am-1.30pm) ---> games
venue 2: novy hradec (2pm-4pm) ----> makan2

marilah same2 memeriahkan mesra dan makan2 czemsa hk ni!!!
kte jumpe di sana ^_^

Malaysian Night Meeting

To all committee members of Malaysian Night, there will be a meeting tomorrow-right after the makan2 at novy hradec. So below are the details:

Venue: Awang's House (Tomkova)
Date: 28 Feb. 2009 (Saturday)
your cooperation is highly appreciated

If you have any complaints or suggestion, feel free to voice them up tomorrow, ok??

Dekuju a na shle ^_^

Disclaimer

This blog is maintained by International Relations and Public Affairs bureau and the Secretary. Please read the Rules and Regulations which can be found in the Topics section before posting any comment.

As mentioned in the Rules and Regulations, you are not allowed to post a comment as an anonymous or with an ambiguous name. Please state your name.