Friday, October 24, 2008

Campaign for Aminuddin

*post ini ditulis oleh seorang penyokong Aminuddin- blogger


Sebuah ‘Personal View’ mengenai Encik Aminuddin Baki bin Amran


Assalamualaikum, seperti saudara Hilmi, saya juga ingin berkempen untuk calon presiden pilihan saya, Encik Aminuddin Baki bin Amran. Secara jujur, saya bukanlah kawan rapat Encik Aminuddin dan juga Encik Azizul (tapi sekarang kita fokus kepada Encik Aminuddin, ya); malahan nombor telefon Encik Aminuddin pun tiada dalam list contact saya. Maka, kenapa saya menulis di sini, kan?

Ini adalah sebuah ‘personal view’ saya. Terus terang, saya bukanlah seorang pelajar yang dikenali ramai, malahan tidak semua pelajar yang tahu nama saya. Saya juga bukanlah antara ahli jawatankuasa yang tinggi melangit jawatannya, saya biasa menjadi ‘orang bawahan’ (kan saya kata, saya tidak dikenali ramai sangat). Namun begitu, saya mengenali Encik Aminuddin sebagai seorang yang ramah dan cepat mesra dgn sesiapa sahaja, tidak kira batch mana, mahupun jantina. Ini adalah kualiti yang saya cari-cari, dalam diri seorang presiden yang mana biarpun kerja yang dilakukan tip-top, excellent, boleh bagi gred 1, tetapi hubungan dgn orang bawah, zero (oh tidaklah kejam sangat kan, saya gantikan dengan kurang). Inilah yang saya cuba ketengahkan; satu perkataan penting yang selalu dipandang remeh, kriteria seorang presiden pilihan, bijak berkomunikasi.


Komunikasi dengan setiap ahli jawatankuasa, dan juga yang bukan ahli, adalah tunggak utama sesebuah organisasi. Ya, memang seronok kerja jalan, orang puji, tetapi perasaan ahli-ahli di bawah pimpinan anda bagaimana? Tentu anda semua pernah menjadi ’orang bawahan’ (macam saya kan), tentu anda nak buat kerja secara seronok, bukan dengan tekanan kan?

Seperti yang saya katakan, jujur saya tidak mengenali Encik Aminuddin secara ’personal’, maka saya tidak mahu menulis perkara lain yang cuma tokok tambah semata. Saya tidak pandai berkempen lebih-lebih, menjanjikan Encik Aminuddin seperti itu dan seperti ini; hanya ini cuma satu catatan peribadi saya. Maaf, saya tidak kreatif untuk mereka poster kempen cantik-cantik, membuat video seperti saudara Hilmi jauh sekali, tetapi ini sahaja yang saya termampu, mengenai calon presiden pilihan saya.

Saya tidak menaip untuk mendapat kredit dari Encik Aminuddin, tetapi saya menulis untuk diri saya, dan untuk rakan-rakan seCZEMSA HK.


Wassalam.



Yang benar,

Seorang ahli CZEMSA HK.



4 comments:

Anonymous said...

Vote for awang a.k.a Aminuddin Baki, lets Maju Bersama Baki[MBB]

Anonymous said...

go MBB!

Anonymous said...

betul.. saya setuju.. bijak berkomunikasi tuh penting sbg seorg ketua.. org bawahan (spt saya jgk) akan rasa kurang puas hati bila diarahkan utk melaksanakan sebrg tugas oleh seorang ketua yg tak pernah pun berckp dgn saya sebelum tuh!! interaksi merupakan teras kepimpinan yg disanjungi :)

Anonymous said...

tengs babe(as in fellow blogger n mbb supporter)!i loike!

Disclaimer

This blog is maintained by International Relations and Public Affairs bureau and the Secretary. Please read the Rules and Regulations which can be found in the Topics section before posting any comment.

As mentioned in the Rules and Regulations, you are not allowed to post a comment as an anonymous or with an ambiguous name. Please state your name.