Saturday, October 25, 2008

Campaign for Azizul 2

Assalamualaikum.. Salam sejahtera dan dobry den…

Tentang AGM yang akan berlangsung esok di mana calon-calon presidennya adalah.. AZIZUL (Ijoy) dan juga AMINUDDIN (Awang).. kedua-duanya adalah dari batch ke2... walaupun saya tidaklah terlalu kenal secara peribadi kedua-dua calon presiden CzemSa Hradec nih.. tapi sekurang-kurangnya tahu jugalah kualiti2 yang dorang ada.. setiap orang ada pernilaian masing-masing.. ada kualiti yang kita hendak pada seorang presiden, pemimpin.. kalaulah saya, rasanya.. selain dari tahu dan bijak memimpin, seorang pemimpin tu perlu ada 'x factor' yang mampu membuat kita yang dipimpin rasa terjamin dan ada rasa hormat yang lahir secara semulajadi dalam diri kita kepada pemimpin tersebut.. biasanya, rasa hormat tu akan terpupuk setelah melihat sikap pemimpin dan juga ilmu (agama terutamanya) yang ada pada pemimpin tersebut.. cara kerja yang berhemah, pergaulan dan jati diri pemimpin tersebut..

Terpikat jugalah saya melihat video kempen AZIZUL.. terasa sejuk hati dan melekat.. simple, sederhana dan bersesuaian... komen mereka bertepatan dengan apa yang saya sendiri nampak pada Azizul.. dan membuat saya bulat tekad untuk menulis dan turut serta berkempen sebagai tanda sokongan (underground) walaupun sememangnya agak terlambat memandangkan esok adalah hari mengundi.. walaupun mungkin tidak dibaca ahli Czemsa yang lain, namun, sebagai tanda sokongan.. tetap juga saya menulis.. mungkin dek kerana terpikat dengan kata-kata saudara Rajeev di akhir video.. petikan dari ayat Al-Qur'an..

"Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melampaui batas, yang membuat kerosakan di Bumi dan tidak mengadakan kebaikan", 26:151-152

sungguh saya jauh dari layak untuk mengulas tentang ini.. namun jauh di sudut hati terasa kebenaran di sebalik ayat2 kalam Allah ini.. pemimpin lah yang mencorak masa depan.. kalaupun diri ini kerdil dan hina disisiNYA.. namun, tersemat di dada.. keinginan berada di bawah pimpinan pemimpin yang baik dan terjamin.. dan kualiti itu.. Alhamdulillah, terlihat juga saya pada Azizul.. dan harapnya andai dia memenangi jawatan tersebut, akanlah terus berkekalan apa yang baik..

Tentang soal kepimpinan, insyaAllah, kedua-dua calon memiliki sifat kepimpinan yang baik.. kedua-duanya boleh dipercayai.. AZIZUL, setakat yang saya kenal, seorang yang boleh dibawa berbincang dan demokrasi (insyaAllah).. tahu menghormati orang lain, dan boleh memberi dan menerima pendapat orang lain.. selain itu, dia seorang yang berhikmah dalam berkata-kata.. jaranglah terdengar komen2 yang kesat keluar dari mulutnya apabila berlakunya sesuatu kontroversi atau permasalahan dalam komuniti batch kami.. dan dia memiliki pergaulan yang baik dengan kebanyakan orang (adalah mustahil untuk dikatakan semua kerana sikap penerimaan individu yang berbeza).. dengan kami, senior, international dan juga saudara muslim yang lain..

Walaupun timbul kerisauan tentang kesibukan (pelajaran) yang mungkin dihadapinya.. namun, rasanya Azizul mampu mengendalikan tugasnya dengan baik.. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.. andai kata dia memenangi jawatan tersebut, kalaupun dia terbeban dengan pelajaran, adalah tanggungjawab ‘kami’ sebagai sahabat dan pengundi untuk membantu yang termampu.. memandangkan manifestonya tentang ‘study group’ amatlah saya sokong sekali… memandangkan kesemua kita tahu kesannya… dan saya adalah golongan yang pastinya MAHU kesemua 16 kami mampu meneruskan perjuangan bersama…

Akhir kata, pesanan buat saudara AZIZUL, semoga kemenangan berpihak kepadanya.. dan jika dia menang, sentiasalah menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa mengingati dan menjaga kami di bawah yang mengundinya dan kalaupun tidak, bukanlah kerana ketidakpercayaan ‘kami’ kepadanya untuk memimpin, namun mungkin disebabkan faktor2 lain.. seperti masa dan keadaan…dan juga rezeki…

p/s : nampak seperti manifesto Azizul tiada di dalam blog ini.. sebagai penyokong, di sini.. saya sertakan link ke blog Azizul di mana manifestonya diterangkan dengan jelas…

http://jalan-juang.blogspot.com/

Sekian…

Sekadar pandangan seorang sahabat CZEMSA HK..

8 comments:

Anonymous said...

adakah perlu kita memilih seseorang seperti ijoy yang sudahpun kita ada dahulu dan ramai yang tak puas hati? andainya anda faham maksud hamba ini, pasti anda tidak akan memilih azizul sebagai presiden.
hamba rasa, azizul ini orangnya baik. tapi sebagai ketua, dia tidak sesuai. kenapa? kerana dia bersifat berpuak-puak dan tidak mesra kepada semua. ini cuma pendapat hamba.

Anonymous said...

terima kasih.saya sokong anda seratus peratus.oh.marilah kita tambah lagi lima puluh peratus=jadi seratus lima puluh peratus.

Anonymous said...

drpada komen2 sebelum ni, sy cume berharap agar tidak ada sesiapa yg fanatik dgn calon pilihan masing-masing.. both candidate ade possibility utk tewas.. but whoever becomes the president at the end, just accept it and let's just work with him.. no matter either it's azizul or aminuddin baki.. individu kurang penting.. tapi persatuan dan kerjasama adalah lebih penting.. peace =)

Anonymous said...

ye kami faham.hehe.rilek la.kite semangat main kempen2 je.esok takleh dah.lg 2 thn br boleh main kempen balik.ekeke.

Anonymous said...

erm, adekah kepimpinan baru akan pegang jawatan utk 2 tahun? sy fikir hanya setahun.. does anybody have the answer?? anyway, selamat mengundi semua orang..

Anonymous said...

Saya berasa kurang senang dengan kempen yang di'published' di blog ini. Penekanan yang dibuat oleh saudari terhadap ayat Quran tersebut seolah-olah menyatakan bahawa calon yang seorang lagi tu (sape lg kalau bkn Awang) seorang yang melampaui batas dan melakukan kerosakan di muka bumi. Janganlah kita membuat generalisation di sini. Mentang-mentanglah Awang tak sekerap Ijoy dalam memberi tazkirah, pergi ke program-program bercorak Islam, beliau dilihat seperti sisi gelap dan pemilihan presiden ini. Di akhirat nanti yang menjadi hakim kepada amalan kita adalah Allah. Bknnye penganjur program2 Islam tu. Saya juga tertanya-tanya adakah ayat tersebuat akan digunakan sekiranya org lain (seperti Md Nor dan Siraaj) yang bertanding melawan Ijoy? Fikirlah sendiri. Janganlah melihat org lain dgn pandangan negatif. Nescaya anda akan dapat lihat keburukan. Bukankah husnuzon itu juga dituntut oleh Islam? Saya juga berasa kurang senang apabila penulis menyatakan harapan beliau yang ingin 'HANYA' 16 orang 'SAHAJA' yang berjaya. Mana pergi ahli yang lain? Setahu saya CZEMSA HK ada lebih drpd 70 org ahli. Perlulah diingatkan bahawa kita mencari calon PRESIDEN CZEMSA. Bknlah wakil batch. Saya harap saudari dapat melihat komen saya ini dari sudut yang positif. Secara husnuzon. No offense. :)

Anonymous said...

pertama sekali.. trima kasih pemikir.. skurg2nya, dpt jgk sy cube jlaskn dn btulkn silap sy di sini..maaf kpd sesiapa andai ada sy yg tersilap kate.. mungkin ade silap sy menulis dgn tidak jelas smpi mgkin mnimbulkn pmahamn yg salah tntg soal nih.. maaf sekali lagi.. kpd AWANG,dgn rendah hti, sy minta maaf..mungkin sy xpeka dgn cre mnulis sy yg mgkin mnimbulkn ksan -ve kpd awang.. ITU BUKAN NIAT SY.. jauh sekali sy nk memandai2 menilai seseorg dari sudut ni.. mne lah mmpu diukur ape yg ade dlm hti stiap org.. sudh sy ktakan sy 'jauh dri layak' utk mngulas tntg nih.. tpi.. sy akui silap sy krana mngulas jg tntg itu.. maaf skali lgi.. sy pn mnulis bkn utk kredit dri ijoy atau disuruh ijoy.. skdar pndgn dri seorg yg mngenali ke2 mreka dri jrak yg lbih dkat sdikit bbanding yg len yg mgkin xknal dn xtahu tntg ke2 mreka. sy thu ade rmai yg mngenali ke2 mreka dri jrk yg jauh lbih dkat bbndg sy.. sy skdr mnulis bdsarkn pndgn sy thdap mreka dri jarak pnglihatan sy dn pnilaian sy.. :) dan tntg 16 org tuh.. perenggan tuh bkn utk berkempen.. lbih kpd kate2 sy utk ijoy andai die mnang..sy jujur tkesan dgn khilangan rmai batch kmi..dlu dn skng da lain rsenye.. kte smua tahu bkn sng study kt sni..sdgkn sy yg kurg komitmen lain,pn tkapai2 lam study.. jdi, hrpnya dgn kputusn mletakkan amanah tu kpd ijoy bbnding awang (bkn niat sy nk kte awang xbuat ape2, tp awang ade lbih byk mse utk fokus kpd tugas presiden),hrpnye itu xkn jejaskn study ijoy..andai tjejas, mesti lah ade timbul rse bsalah sy dn skdr ingin mnyampaikn kpd ijoy bhwa kami sdia mbntu.. akhirnye, cume ingin mngtakan, klu sy listkn ape yg lbihnye awang dri ijoy dri mata sy, pn byk yg sy boleh bgi.. tp di sini, sy skdr mglistkn ape yg lbihnye ijoy sdikit bbndg awang dri mta sy..:) sekian, hrp jlas ape yg sy smpikan.. trima kasih..

Anonymous said...

Tak mengapa. Sekadar teguran. Adat manusia melakukan kesilapan. Kalau ada yang salah, kita tegur. Saya juga melakukan kesilapan. :)

Disclaimer

This blog is maintained by International Relations and Public Affairs bureau and the Secretary. Please read the Rules and Regulations which can be found in the Topics section before posting any comment.

As mentioned in the Rules and Regulations, you are not allowed to post a comment as an anonymous or with an ambiguous name. Please state your name.